Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H!
Hye sume.. Saya ngan ini ingin mengucapkan salam maal hijrah pde sume ahli keluarga, rakan2 n sume mengenali diri ini.. saya ingin memohon maaf jika saya de melakukan silap n salah secare sengaja atau pon tidak.. saya jugak ingin berkongsi doa awal tahun dan akhir tahun..
Doa Akhir Tahun
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ
مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ
تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا
إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ
فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا
مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ
اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ
تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ .
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi
amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian
alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas
keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami
lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami
daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak
meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke
atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau
memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke
atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka
ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang
Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke
atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami
dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan
yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di
dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api
neraka.
Doa Awal Tahun
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ
وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ
وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ
جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ
الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى
هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا
يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ
حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا
عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ
الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang
pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir
sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul
iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan
para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi
azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang
melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi
kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan
yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami
memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan
dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang
boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang
mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik
keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi
lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan
di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api
neraka
segala amalan kite pade tahun ini akan diangkat dah diserahkan pade Allah s.wt.. semoge kite mendapat keberkatan drp-Nya dan saya berdoa agar amalan saya selame ini akan diterima dan mendapat keredhaaNya. amin amin ya rabbal alamin.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Copyright Tjay's Official Diaries
No comments:
Post a Comment