22 January 2017

Pulau Perhentian 2016 Bersama Geng Seayousoon8

No comments:



Ehemmmm!!! Hai semua lama benar rasenya tidak update dekat sini. Sudah lama tidak meluahkan apa2 dekat blog ini. *sambil tiup habuk* So untuk kali ini saya akan menceritakan percutian kami geng seayousoon ke Pulau Perhentian. Yeayyy!!!

Alkisah............

Kami semua plan percutian ini bln 1 tahun lepas dengan hanya kawan-kawan perempuan sahaja. Kami sudah survey beberapa pakej murah yg menepati bajet. Pilih punya pilih kawan saya ni (azuha) telah memilih pakej percutian di instagram iaitu "PERHENTIAN KRAVERS" *go and check them out*. Pakej dgn diorang nie murah sorang RM250 include tempat tidur, lunch di kg nelayan, aktiviti snorkeling dan air mangga percuma (sedap).So menepati bajet ktorg dan kami pilih tarikh 31 Ogos 2016 - 3 September 2016. Kami semua pergi ke Kuala Besut menaiki kereta dan Ya Allah tak pernah- pernah duduk dalam kereta selama 6 jam. Tidur sepoloh kali pon tak sampai-sampai lagi. hahaa. Bnyk kali jugak berhenti sbb driver kami mengantuk. kesian dia. Kami semua bertolak dri Kl pukul 11 p.m mcm tuh kot smpi di jeti Kuala Besut dalam pukol 7 pagi lebih kurang. So masing-masing standby dekat jeti, lebih kurang pukul 9 kami semua naik boat ke Pulau Perhentian. Kami semua smpi selepas 15 minit dri jeti Kuala Besut dan viewnya Mashallah!!!!! Cantik sgt-sgt. Air laut biru nampak ikan sekor-sekor. Fuhhhh!!! Tetapi semua sudah keletihan dan kami check in lambat. kami merempat duduk kat laut sementara org lain check out. Bersambungggggggggg!!!!!!

Day 1

Setelah kami check in, semua rehat sekejap dan kami terus pergi  ke Windmill Station. yahooo!!!  kami punya chalet dekat sebelah ombak resort dan nak  ke windmill tuh kena pergi pulau sebelah ( tak ingat nama) dgn menaiki kaki selama 12 minit. Sebelum tuh kami semua lunch dulu di cafe (tak ingat nama). Lunch dkt pulau perhentian sgt-sgt pricey. Lunch sekali sorg dalam RM20 tpi tak apa mungkin sbb pusat pelancongan dan jauh dri darat. kami makan jugak la.. Sambung balik, lepas lunch pergila ke windmill station tpii sebelum tuh let me take a selfie first!! 


Haaaa nampak tak air laut dia cntik gila uollssss. Okey sambung jalan punya jalan rupanya nak pergi windmill tuh kena naik bukit setengah jam untuk sampai sana. Syila (yg tgh buat peace tuh) merengek-merengek tak nak tpi saya paksa bhahaaaaa so die naik la jugak. berhempas pulas kami semua naik dgn berhenti byk kali dgn ada yg nak pengsan mcm-mcm *teringat* . Kami berjaya sampai dan pemandangan sangat cantikkkkk!!!

Permandangan dari atas. Cantik!
Berjaya!!!
So kami semua lepak dekat atas dalam sejam lebih kurang dan kami sgt-sgt enjoy the view. Selepas itu ktorg just relaxing dekat pantai then balik ke bilik.

Day 2

Kami semua bersiap awal pagi untuk aktiviti snorkeling. Sebelum snorkeling kami semua pergi breakfast dekat cafe berhampiran. Saya order english breakfast dan dlm breakfast tuh ada telur separuh masak, toast and orange juice.

Masing-masing muka kelaparan. haha!

Lepas tu ktorg semua gerak naik boat dgn abg man instructor ktorg untuk aktiviti snorkeling. Dalam pakej ni ada 5 point snorkeling which is turtle point, shark point, coral, light house,dan romantic beach,. Alkisahhhh bermulaaaa saya mabuk laut dan penakut nak turun dalam laut. Sebabnya tak pernah snorkeling dan sangat takot air. hahaha tpiii paksakan diri jugak sbb dtg jauh- jauh tak kan tak nak try kan. So paksa diri turun dan baru nmpk keindahan alam semula jadi. Ya Allah amazing giler. 
Seeee air laut jernih dan nampak ikan sekor-sekor
Arie bersama ikan-ikan nya

Masa ni dah berani dah turun tgk ikan. hehe.

So kami continue snorkeling satu hari sampai petang. Macam-macam dpt tgk kehidupan laut dan berbagai jenis ikan yang kita boleh belajar. 

Belut laut
Belut lagi
Last point romantic beach dan ada ikan nemo kat sini.
Day 3

Hari ketiga kami bersiap untuk pulang. kami semua keluar dri pulau dalam tghari. masing- masing tak nak balik especially me sbb tenang dan view die mengasyikkan. memang tak nak balik cita dia. hahaha..  So lepas tuh ktorg singgah dekat kuala terengganu nak beli cenderahati. Tamat sudah percutain kami berlapan ke Pulau Perhentian  and hope you guys enjoy reading my post. till then.




BYE!
XOXO














Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Copyright Tjay's Official Diaries